Sunday, 18 September 2011

RAYA UPDATE

Dah letih beraya ni.  Tapi nak buat update juga.  Dah bersawang nampaknya!  Hehe.

Hari ni pun beraya lagi.  Bukan nak beraya sangat sebenarnya.  Tapi jemputan dari adik beradik sendiri.  Takkan boleh ngelak.

Minggu ni minggu penghabisan Syawal.  Aku berazam nak puasa enam pula!

Thursday, 1 September 2011

HARI RAYA AIDILFITRI

Sepatutnya buat ucapan raya ni awal-awal.  Tapi ingat nak muatkan cerita raya sikit.  Langsung tak menjadi.

Sempena sambutan Aidilfitri yang mulia, saya juga ingin merakamkan ucapan.  Terutamanya untuk kawan-kawan semua.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf zahir & batin.

Thursday, 4 August 2011

SELAMAT BERPUASA RAMADHAN

Sedar tak sedar kita sudah pula berada di bulan Ogos.  Kebetulan ini bersamaan dengan bulan Ramadhan Al Mubarak tahun ini.

Kiranya tahun ini umat Islam mengerjakan ibadah wajip berpuasa sebulan di bulan Ramadhan ini pada ketika cuaca amat panas di kebanyakan tempat.  Walaupun begitu, alhamdulillah puasa ada keajaiban tersendiri. 

Kenyataannya umat Islam masih mampu melakukannya dengan baik.  Hanya mereka yang mudah kecundang dengan nafsu akan merasa keperitannya.

Monday, 11 July 2011

SEDAR TAK SEDAR SUDAH BULAN JULAI

Bulan lepas aku daftar jadi blogger.  Masa tu macam-macam idea di kepala.  Kononnya la.

Tiba-tiba dikejutkan bahawa pihak berkuasa memantau blog pula.  Katanya jangan sampai menyentuh hal-hal sensitif kepada kerajaan.

Gitu pula!  Jadi terencat la.

Hari ini aku cuba mengatur tapak kembali dengan menukar perhiasan laman.  Saja nak menceriakan suasana.  :)

Friday, 17 June 2011

FOLLOWING THEIR WAY

Today I follow the footsteps of my friends.  They said blogging is a way to relax.  So I have to see for myself.

I need to proceed with the set-up dulu la ni nampaknya.